KATA KATA ALUAN ADMIN

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk melaksanakan amanah Tuan / Puan, alhamdulillah ibadah korban di kemboja melalui ustaz yahya cambodia tahun ini telah masuk tahun ke 10. Insya allah saya amat berharap Tuan / Puan tetap memberikan sokongan kepada saya, ingin melihat gambar korban yang telah lepas sila KLIK DISINI

FAEDAH MELANCONG



Melancong Merupakan Salah Satu Aktiviti Yang Amat Menyeronokkan. Tambahan Pula, Ia Memberi Banyak Manafaat. Semua Manusia Mengimpikan Tempat Yang Indah Untuk Dilawati Dan Menghabiskan Masa Cuti Bersama Keluarga Setelah Penat Menjalani Kerja Seharian. Negara Kita Mempunyai Banyak Tempat Pelancongan Yang Menarik Dan Sesuai Untuk Dijadikan Destinasi Percutian.

Dengan Melancong Kita Akan Dapat Menambahkan Pengetahuan Dan Meluaskan Pandangan Ke Tempat-Tempat Yang Belum Pernah Kita Lawati. Contohnya Kita Akan Dapat Melihat Kebudayaan Yang Diamalkan Di Sesebuah Tempat Yang Jauh Berbeza Dengan Tempat Kita. Selain Itu, Melancong Juga Dapat Melapangkan Fikiran. Fikiran Kita Perlu Juga Direhatkan Daripada Terus Bekerja.

Melancong Juga Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan. Dengan Melancong Kaum Keluarga Dapat Beramah Mesra Dan Bersenda Gurau Sambi Berhibur. Hal Ini Amat Digalakkan Oleh Islam, Ibu Bapa Yang Sibuk Bekerja Serta Anak-Anak Yang Sibuk Dengan Urusan Pelajaran Dapat Bertemu Dan Bersatu Serta Mengukuhkan Hubungan Yang Kian Longgar.

Dengan Melancong Juga Kita Dapat Mengisi Masa Lapang Dengan Perkara Yang Berfaedah. Anak- Anak Terhindar Daripada Melakukan Perkara Negatit Terutama Pada Waktu Cuti Sekolah Seperti Bercampur Gaul Dengan Remaja Yang Rosak Akhlak. Ibu Bapa Juga Dapat Mengetahui Aktiviti Anak-Anak Kerana Sepanjang Waktu Melancong, Anak-Anak Sentiasa Bersama Mereka.

BORANG QURBAN Sila Klik Disini

BORANG AQIQAH Sila Klik Disini